KENAPA ARAK DIHARAMKAN?

 Lebih 14 abad yang lalu sebelum kedatangan syariat Islam, amalan minum arak menjadi sebahagian budaya dan kebiasaan masyarakat Arab Jahiliah.


Mereka beranggapan minum arak cara untuk menikmati keseronokan hidup. Sebahagian budaya masyarakat pula menganggap menjamu arak adalah bertujuan memuliakan dan meraikan tetamu.



Mereka sanggup membayar dengan harga yang mahal bagi mendapatkan jenama arak terbaik kerana ia juga melambangkan status sosial. Amalan menyajikan arak sebagai minuman di dalam majlis keraian, keramaian dan perayaan tertentu bukan sahaja berlaku di Barat, tetapi juga dalam kalangan masyarakat timur dan Asia seperti di Jepun dan Korea. Di sesetengah tempat, mengadakan upacara minum  arak bersama tetamu adalah suatu kewajiban moral, bahkan ada yang berpandangan jika tuan rumah atau tetamu tidak turut serta minum  arak dalam sesuatu majlis, tindakan tersebut dianggap sebagai tidak beretika dan bermoral.


Namun,  syariat Islam dengan tegas menegah dan mengharamkan perbuatan minum arak yang memabukkan kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan dan kesan buruk dalam kehidupan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Politik Identiti dan Kesannya kepada Kesepaduan Nasional Malaysia.