Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2024

PENDAPAT DARIPADA ALIM ULAMA

 Pemahaman arak, terdapat perbezaan penafsiran seperti berikut: Pertama, pendapat majoriti ilmuwan muslim. Arak adalah setiap perkara yang memabukkan, tidak kira ia dibuat dari anggur, kurma, barli, beras atau apa jenis sekalipun. Justeru, mana-mana minuman yang memabukkan, ia tetap diharamkan minum, walaupun sesetengah individu tertentu tidak mabuk semasa meminumnya. Justeru, dalam pendapat ini sebarang minuman yang pada tabiinya memabukkan, tidak kira dari apa asalnya, maka hukumnya adalah haram diminum. Kedua, pendapat imam Abu Hanifah. Arak adalah sejenis minuman yang memabukkan yang diperbuat dari anggur dan kurma sahaja. Selain dari itu, ia bukan arak. Justeru, mana-mana minuman yang memabukkan bukan dari anggur dan kurma, ia tidak dikira haram bagi sesiapa sahaja yang meminumnya selama peminum tersebut tidak mabuk. Dengan demikian, sebarang minuman yang memabukkan dari anggur dan kurma, maka ia adalah arak. Maka, hukumnya adalah haram. Dalam pada itu, selain dari kedua-dua i...

DALIL DARIPADA HADITH TENTANG PENGHARAMAN ARAK

 Begitu juga hadith daripada Rasulullah SAW: اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.” Riwayat al-Hakim (4/145)

DALIL DARIPADA AL-QURAN PENGHARAMAN ARAK

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90) 

KENAPA ARAK DIHARAMKAN?

 Lebih 14 abad yang lalu sebelum kedatangan syariat Islam, amalan minum arak menjadi sebahagian budaya dan kebiasaan masyarakat Arab Jahiliah. Mereka beranggapan minum arak cara untuk menikmati keseronokan hidup. Sebahagian budaya masyarakat pula menganggap menjamu arak adalah bertujuan memuliakan dan meraikan tetamu. Mereka sanggup membayar dengan harga yang mahal bagi mendapatkan jenama arak terbaik kerana ia juga melambangkan status sosial. Amalan menyajikan arak sebagai minuman di dalam majlis keraian, keramaian dan perayaan tertentu bukan sahaja berlaku di Barat, tetapi juga dalam kalangan masyarakat timur dan Asia seperti di Jepun dan Korea. Di sesetengah tempat, mengadakan upacara minum  arak bersama tetamu adalah suatu kewajiban moral, bahkan ada yang berpandangan jika tuan rumah atau tetamu tidak turut serta minum  arak dalam sesuatu majlis, tindakan tersebut dianggap sebagai tidak beretika dan bermoral. Namun,  syariat Islam dengan tegas menegah dan menghar...