Politik Identiti dan Kesannya kepada Kesepaduan Nasional Malaysia.
Assalamualaikum kami daripada kumpulan al-amin yang terdiri daripada 5 0rang ahli kumpulan iaitu AKMAL (1059),SYAHIR(1055) IZHAM (1057), HAIZAD (1013),HAMDAM(1047) ingin berkongsi paparan utama tentang esei kami yang bertajuk Politik Identiti dan Kesannya kepada Kesepaduan Nasional Malaysia .Slogan kumpulan kami ialah “Identiti Berbeza, Perpaduan Sejagat” Pengenalan Politik identiti merujuk kepada pendekatan politik yang berteraskan kepada identiti kumpulan tertentu, sama ada berdasarkan bangsa, agama, budaya atau wilayah. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum, politik identiti wujud sebagai salah satu medium untuk mengekalkan kepentingan dan hak sesuatu komuniti. Walaupun ia berfungsi sebagai saluran suara masyarakat, politik identiti juga boleh menimbulkan cabaran terhadap usaha membina kesepaduan nasional sekiranya tidak diurus dengan baik. Isi Utama 1. Contoh Politik Identiti di Malaysia Sejak sebelum merdeka lagi, politik identiti sudah wujud melalui pembentu...